Selamat Datang Ke Laman Kelab Penyayang Universiti Malaysia Pahang 2010, Sebuah Kelab Amal Yang Bernaung Di Bawah Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Yang Bertanggungjawab Memberi Peluang Kepada Mahasiswa Dan Mahasiswi Untuk Mengasah Bakat Mereka Dalam Berkhidmat Kepada Masyarakat Serta Memberi Tauladan Dalam Pembudayaan Semangat Kesukarelawanan Kepada Persatuan Lain Semoga Kunjungan Anda Akan Memberikan 1001 Keberkatan Kepada KPUMP Walau Tidak Kira Dimana Jua Anda Berada Ayuh Kita Sama-Sama Memperkasakan Ikatan Silaturrahim,Pengetahuan,Pendidikan Dan Ekonomi Kelab Penyayang UMP Sebarang Komentar, Cadangan, Kemusykilan Mengenai Apa Jua Berkaitan Dengan KPUMP, Sila Emailkan Kepada kelabpenyayang_ump@yahoo.com

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Kelab Penyayang Universiti Malaysia Pahang Merupakan sebuah kelab yang berasakan konsep yang baru dimana kelab ini dilihat sebagai sebuah kelab amal yang menjalankan aktiviti-aktivitinya dengan konsisten dan berdisiplin. Kelab Penyayang merupakan sebuah inisiatif Yayasab Budi Penyayang Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi awam untuk memberi siswa-siswi kita peluang untuk mengasah bakat mereka dalam berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Kelab Penyayang dibentuk supaya dapat menjadi teladan kepada persatuan lain di peringkat kampus yang ingin membudayakan semangat kesukarelawanan.

Objektif Kelab Penyayang UMP.


  • Untuk mengenalpasti dan mengambil sebuah organisasi kebajikan seperti rumah anak angkat, rumah warga emas atau rumah kanak-kanak istimewa sebagai organisasi angkat, tujuan tersebut adalah untuk memberi bantuan berterusan secara sukarela kepada rumah tersebut.
  • Untuk menolong mahasiswa memahami cara pengurusan organisasi kebajikan yang memerlukan kepakaran kesukarelawanan selepas mereka menamatkan pengajian.
  • Untuk menggalakkan pembentukan sahsiah mahasiswa yang mempunyai sikap penyayang dan saling menghormati antara satu sama lain.
  • Untuk membudayakan kerja sukarela.

Rasional Di Sebalik Logo


Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) merupakan sebuah badan kebajikan yang diwujudkan khusus untuk membekalkan bantuan dan sokongan kepada warganegara Malaysia yang memerlukannya tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

PENYAYANG akan membantu golongan yang memerlukan dan golongan yang kurang bernasib baik dengan pengagihan sumber dana dan pelbagai jenis bantuan yang lain. Bantuan yang dihulurkan merangkumi pengagihan dana untuk golongan yang kurang bernasib baik, bantuan kewangan untuk pendidikan dan juga perancangan serta pelaksanaan program-program ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang lebih progresif.

Logo PENYAYANG yang dilambangkan dengan lakaran dua individu menggambarkan fungsi dan peranan PENYAYANG. Ikon yang berwarna merah melambangkan golongan yang menerima bantuan, manakala ikon yang berwarna biru melambangkan golongan yang memberi bantuan.

Warna merah, yang biasanya dikaitkan dengan bahaya, masalah atau bencana, digunakan bagi melambangkan mereka yang berada di dalam keadaan susah dan bermasalah serta memerlukan pertolongan. Ciri positif adalah senyuman lebar pada ikon merah kerana bantuan yang diperlukan dapat diterima.

Warna biru yang dikaitkan dengan ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan, melambangkan ikon yang memberi pertolongan dan sokongan. Senyuman pada ikon melambangkan keriangan dan sikap positif pihak yang menghulurkan bantuan.

Kedua-dua ikon mempunyai senyuman lebar iaitu senyuman seorang penerima bantuan dan senyuman seorang penderma yang bersifat penyayang.

Di bawah grafik ini tertera perkataan "PENYAYANG" yang membawa maksud prihatin. Secara keseluruhannya, logo ini menggambarkan objektif dan komitmen Yayasan untuk membantu individu dan masyarakat meningkatkan potensi mereka supaya menjadi warganegara yang lebih produktif melalui bantuan yang bersesuaian.

VISI DAN MISI

VISI

Berganding Bahu Mengharugi Rintangan
PENYAYANG akan bersama golongan yang kurang bernasib baik dengan penuh prihatin, belas kasihan, simpati dan terus berjuang untuk hari esok yang lebih gemilang.

MISI

Untuk melaksanakan program-program kearah mewujudkan masyarakat penyayang menjelang tahun 2020.

PEGANGAN PRINSIP

Falsafah
Falsafah PENYAYANG adalah untuk membolehkan individu atau kumpulan-kumpulan yang dikenalpasti mengembangkan potensi mereka supaya menjadi warganegara yang produktif & bertanggungjawab melalai sokongan dan bantuan yang bersesuaian.

Penghargaan
PENYAYANG menghargai setiap dermawan yang menyumbang terhadap kejayaannya. Hanya melalui sokongan dan bantuan dermawan yang budiman dan prihatin sahaja, objektif PENYAYANG dapat dijayakan.

Komitmen
PENYAYANG dengan penuh hemat akan mengagihkan dana yang disumbangkan oleh dermawan yang budiman untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia yang memerlukan, seiring dengan usaha membantu mereka meningkatkan potensi mereka sebagai rakyat yang produktif dan bertanggungjawab.

KESUKARELAWANAN

Selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk membentuk sebuah masyarakat penyayang menjelang tahun 2020, Yayasan Budi Penyayang Malaysia telah melaksanakan beberapa strategi untuk memastikan pembinaan masyarakat penyayng tersebut. Usaha untuk membolehkan warga negara menghayati semangat kesukarelawanan dilihat sebagai strategi yang efektif.

PENYAYANG percaya budaya sukarela dapat dibentuk dikalangan semua rakyat Malaysia. Seiring dengan kepercayaan ini PENYAYANG telah membentuk dua program iaitu :

a) Sahabat Penyayang

b) Kelab Penyayang

Objektif-objektif

  • Untuk membudayakan semangat kesukarelawanan dikalangan warga negara Malaysia.
  • Untuk memberi peluang kepada warga Malaysia yang ingin menghulurkan khidmat sukarela kepada individu atau organisasi yang memerlukan.
  • Untuk menggalakkan mahasiswa & mahasiswi berkhdimat sebagai sukarelawan kerja kebajikan.
Program-program

Sahabat Penyayang
Sahabat Penyayang memberi warganegara Malaysia yang berminat dan komited peluang untuk berkhidmat secara sukarela melalui aktiviti-aktivit anjuran PENYAYANG.

Kelab Penyayang
Kelab Penyayang telah ditubuhkan atas inisiatif Yayasan Budi Penyayang Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Ahli Kelab Penyayang di setiap universiti akan memilih sebuah badan kebajikan yang berdekatan dengan kampus mereka sebagai badan di bawah jagaan mereka. Mereka akan membantu badan kebajikan yang dipilh itu untuk suatu jangkamasa yang panjang. Mereka juga akan mengaplikasikan apa yang mereka belajar di dalam kursus mereka untuk menolong badan kebajikan tersebut.


WISMA PENYAYANG
No. 6, Jalan Equine, Taman Equine Bandar Putra Permai 43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 8946 0222 Fax : 03 8946 0233

;;