Selamat Datang Ke Laman Kelab Penyayang Universiti Malaysia Pahang 2010, Sebuah Kelab Amal Yang Bernaung Di Bawah Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Yang Bertanggungjawab Memberi Peluang Kepada Mahasiswa Dan Mahasiswi Untuk Mengasah Bakat Mereka Dalam Berkhidmat Kepada Masyarakat Serta Memberi Tauladan Dalam Pembudayaan Semangat Kesukarelawanan Kepada Persatuan Lain Semoga Kunjungan Anda Akan Memberikan 1001 Keberkatan Kepada KPUMP Walau Tidak Kira Dimana Jua Anda Berada Ayuh Kita Sama-Sama Memperkasakan Ikatan Silaturrahim,Pengetahuan,Pendidikan Dan Ekonomi Kelab Penyayang UMP Sebarang Komentar, Cadangan, Kemusykilan Mengenai Apa Jua Berkaitan Dengan KPUMP, Sila Emailkan Kepada kelabpenyayang_ump@yahoo.com

Kelebihan Solat Terawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Ibadah Puasa

PENGERTIAN PUASA
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT

  • Puasa enam hari pada bulan Syawal
  • Puasa hari Arafah
  • Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
  • Puasa bulan Syaaban
  • Puasa Isnin dan Khamis
  • Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH
  • Puasa yang terus menerus sepanjang masa
  • Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
  • Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
  • Puasa pada hari raya pertama Haji
  • Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
  • Berakal
  • Akhir Baligh (Cukup umur)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA
  • Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila
  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."

Surah Al Baqarah, ayat 183

Virus Yang Bermutasi

1.

Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?

Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu

  • Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)

    1. Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran
    2. Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like- illness (ILI)
    3. Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini
    4. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.
  • Common Cold

    1. Disebabkan oleh berbagai jenis virus
    2. Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/ sakit tekak/gatal tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam
    3. Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam masa 3-10 hari
  • Pharyngitis / radang tekak

    1. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak
    2. Gejala utama adalah sakit tekak dan demam
    3. Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti ubat demam/sakit tekak dan sebagainya
  • Pneumonia/ jangkitan paru-paru

    1. Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru
    2. Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas
    3. Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital


2.

Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).

Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.



3.

Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?

Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.

Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.


4.

Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.

Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web http://www.who. int/en


5.

Apakah gejala virus ini?

Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like- illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.


6.

Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.

Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.


7.

Bolehkah saya dijangkiti virus H1N1 apabila memakan atau menyediakan babi?

Tidak. Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.



8.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:

  • Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
  • Berehat dan meminum banyak air
  • Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
  • Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
  • Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
  • Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
  • Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
  • Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan


9.

Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam

Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.



10.

Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?

  • Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
  • Adab batuk yang baik (cough etiquette)
  • Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
  • Pengudaraan dalam rumah yang baik
  • Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
  • Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
  • Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
  • Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
  • Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
  • Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat


11.

Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.

Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).



12.

Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?

Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.



13.

Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ?

Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.



14.

Bolehkah kita ke luar negara?

Buat masa ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin membuat perjalanan ke luar Negara terutamanya negara-negara yang terjejas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai semasa berada di sana.

Sekiranya anda jatuh sakit sama ada semasa berada di luar Negara atau setelah kembali ke Malaysia, segera dapatkan rawatan doktor.


15.

Kawan saya baru pulang dari salah sebuah Negara yang terjejas, adakah beliau boleh terus hadir ke tempat kerja atau dikenakan tindakan kuarantin. Apakah yang patut saya lakukan sebagai rakan sekerja?

Sebagai seorang warga kerja yang bertanggungjawab, seseorang yang baru pulang dari luar Negara dan sihat tidak dikenakan tindakan kuarantin tetapi beliau perlu memantau kesihatan diri terutamanya gejala demam/batuk/ sakit tekak/selesema.

Sekiranya individu tersebut berasa tidak sihat, beliau hendaklah berehat di rumah sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-4 hari atau sehingga beliau pulih.

Sementara itu pihak majikan perlu menasihati pekerja mereka yang mempunyai gejala influenza untuk tidak hadir bagi mencegah penularan penyakit ini berlaku di tempat kerja dan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

Pihak majikan juga hendaklah melaporkan sebarang kejadian dalam kalangan pekerja bergejala influenza kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza-like- illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini. Pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza- like-illness juga berkewajipan untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.



16.

Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut

Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like- illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.

Sekiranya institusi/sekolah anak tuan tidak ditutup, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut



17.

Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.



18.

Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah?

Apabila sesebuah sekolah harian ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua kakitangan termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan serta pelajar dikehendaki untuk berada di rumah.

Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like- illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.



19.

Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa?

Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.



20.

Bolehkah saya mendapatkan refund ticket sekiranya saya ingin membatalkan perjalanan ke Negara yang terjejas.

Sekiranya anda ingin membatalkan tiket penerbangan sila dapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor yang berdekatan. Perlu diingatkan bahawa individu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan influenza A(H1N1) yang lebih teruk.



21.

Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan (sustained human to human transmission)?

Penularan jangkitan influenza A(H1N1) berlaku secara berterusan dalam kalangan manusia dan punca jangkitan tersebut tidak dapat dikenalpasti


22.

Apakah yang dimaksudkan dengan Fasa Mitigasi

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.



23.

Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan tombol pintu)?

Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.



24.

Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?

Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimi pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.



25.

Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan.



26.

Adakah pekerja asing yang baru pulang daripada tanah air mereka perlu menjalani saringan atau pemeriksaan kesihatan?

Tidak. Pihak majikan perlu menasihatkan mereka untuk mengamalkan langkah pencegahan dan memaklumkan kepada majikan jika mengalami gejala influenza-like illness.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov. my

Apa Itu Bunuh Diri?

Bunuh diri merujuk kepada perbuatan memusnahkan diri kerana enggan berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani.

Ia bukan sejenis penyakit tetapi lebih kepada satu set tingkah laku kompleks yang muncul secara kontinum (berterusan), dari idea kepada tindakan.
Contohnya, seseorang berhasrat untuk mengambil nyawanya sendiri tetapi tidak pernah terniat untuk merealisasikannya. Dia mungkin berfikir tentang bunuh diri tetapi tiada rancangan spesifik.

Sebaliknya, individu ini juga mungkin mempunyai rancangan tertentu berserta tarikh, lokasi dan pendekatan bunuh diri yang akan digunakan. Ataupun, dia mungkin mempunyai rancangan dan juga niat serta cara untuk melakukannya.

Lazimnya, bunuh diri `menyerang’ mereka yang mempunyai tekanan sama ada dari segi mental atau fizikal. Mereka ini akan bertindak di luar pemikiran akal yang waras. Mereka ini juga selalunya datang daripada individu yang bermasalah baik dalam keluarga, putus cinta dan sebagainya.

Membunuh diri, tidak kira dalam agama apa pun, hukumnya adalah berdosa besar.

Tanda-tanda amaran

* Bercakap tentang bunuh diri seperti `alangkah baiknya jika saya mati, atau tidak dilahirkan ke dunia ini’

* Suka mengasingkan diri (terputus hubungan dengan dunia luar)

* Mengalami perubahan angin yang ketara seperti terlalu gembira pada satu hari dan esoknya, terlalu sedih

* Perubahan rutin seperti corak tidur dan makan

* Mempamerkan tingkah laku yang boleh membinasakan seperti penyalahgunaan dadah dan pemanduan tidak berhemah

* Berubah personaliti seperti dari peramah dan mudah didekati kepada pemalu

* Menghadiahkan barang-barang kesayangan kepada orang lain

* Mengucapkan selamat tinggal dan meminta maaf.

Jenis-jenis bunuh diri

* Tingkah laku hendak membunuh diri (suicidal); seseorang melakukan sesuatu dengan niat yang boleh membawa kematian, atau tidak mengakibatkan kematian tetapi membinasakan diri sendiri seperti mengambil dos ubat-ubatan yang berlebihan, memandu dengan tidak bertanggungjawab atau mengambil alkohol secara berlebihan.

* Bunuh diri cubaan; selalunya merujuk kepada perbuatan yang boleh membawa kematian tetapi sebaliknya ia tidak membawa maut.

* Parasuicide; bukan semua tingkah laku yang boleh merosakkan diri sendiri dikategorikan sebagai suicidal. Perbuatan yang boleh tergolong sebagai suicidal tetapi tanpa niat mengorbankan nyawa seperti memotong pergelangan tangan dikenali sebagai parasuicide.
Sesetengah orang melakukannya sebagai cara melegakan diri. Bagaimanapun, mereka yang terlibat dengan tingkah laku yang boleh mendatangkan kecederaan berisiko tinggi untuk membunuh dirinya.

* Bunuh diri sepenuhnya; mencabut nyawa sendiri.
Sekiranya anda mengenali seseorang yang menunjukkan gejala-gejala bunuh diri, jangan ambil mudah. Jadi seorang pendengar yang baik dan cuba dapatkan bantuan profesional yang boleh didapati di semua hospital dan klinik, baik kerajaan mahupun swasta.

Seseorang mungkin menimbangkan untuk membunuh diri apabila mereka berasa putus harap dan tidak boleh mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah. Mereka juga tidak mahukan sebarang rumusan tetapi tempat yang selamat untuk meluahkan perasaan.

Reasons To Smile



Hmm, do you like to smile???do you know how to smile..I'm sure that if you have a smile your face will look more beautiful and very wonderful person.

Do you know why we need to smile and do you know that smile is one of the best theraphy??.. This is why yo need to smile :

1. Smiling makes us attractive

We are drawn to people who smile. There is an attraction factor. We want to know a smiling person and figure out what is so good. Frowns(angry face), scowls(angry expression)e and grimaces all push people away ,but a smile draws them in.
2.Smiling changes our mood

Next time you are feeling down, try putting on a smile. There's a good chance you mood will change for the better. Smiling can trick the body into helping you change your mood.


3. Smiling is Contagious

When someone is smiling they lighten up the room, change the moods of others, and make things happier. A smiling person brings happiness with them. Smile lots and you will draw people to you.

4. Smiling Relieves Stress

Stress can really show up in our faces. Smiling helps to prevent us from looking tired, worn down, and overwhelmed. When you are stressed, take time to put on a smile. The stress should be reduced and you'll be better able to take action.

5. Smiling Boosts Your Immune System

Smiling helps the immune system to work better. When you smile, immune function improves possibly because you are more relaxed. revent the flu and colds by smiling.

6. Smiling Lowers Your Blood Pressure

When you smile, there is a measurable reduction in your blood pressure. Give it a try if you have a blood pressure monitor at home.
Sit for a few minutes, take a reading. Then smile for a minute and take another reading while still smiling. Do you notice a difference?

7. Smiling Releases Endorphins, Natural Pain Killers and Serotonin

Studies have shown that smiling releases endorphins, natural pain killers, and serotonin. Together these three make us feel good. Smiling is a natural drug.

8. Smiling Lifts the Face and Makes You Look Younger

The muscles we use to smile lift the face, making a person appear younger. Don't go for a face lift, just try smiling your way through the day!you'll look younger and feel better.

9. Smiling Makes You Seem Successful

Smiling people appear more confident, are more likely to be promoted, and more likely to be approached. Put on a smile at meetings and appointments and people will react to you differently.

10. Smiling Helps You Stay Positive

Try this test: Smile. Now try to think of something negative without losing the smile. It's hard. When we smile our body is sending the rest of us a message that "Life is Good!" Stay away from depression, stress and worry by smiling.

That how smilling can give you a healthy super duper life ever you can have. So why you let it go if it is very easy to do it.All of this why we need to smile was being search deeply.
So what you waiting now. Come on let's smile now.

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Kelab Penyayang Universiti Malaysia Pahang Merupakan sebuah kelab yang berasakan konsep yang baru dimana kelab ini dilihat sebagai sebuah kelab amal yang menjalankan aktiviti-aktivitinya dengan konsisten dan berdisiplin. Kelab Penyayang merupakan sebuah inisiatif Yayasab Budi Penyayang Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi awam untuk memberi siswa-siswi kita peluang untuk mengasah bakat mereka dalam berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Kelab Penyayang dibentuk supaya dapat menjadi teladan kepada persatuan lain di peringkat kampus yang ingin membudayakan semangat kesukarelawanan.

Objektif Kelab Penyayang UMP.


  • Untuk mengenalpasti dan mengambil sebuah organisasi kebajikan seperti rumah anak angkat, rumah warga emas atau rumah kanak-kanak istimewa sebagai organisasi angkat, tujuan tersebut adalah untuk memberi bantuan berterusan secara sukarela kepada rumah tersebut.
  • Untuk menolong mahasiswa memahami cara pengurusan organisasi kebajikan yang memerlukan kepakaran kesukarelawanan selepas mereka menamatkan pengajian.
  • Untuk menggalakkan pembentukan sahsiah mahasiswa yang mempunyai sikap penyayang dan saling menghormati antara satu sama lain.
  • Untuk membudayakan kerja sukarela.

Rasional Di Sebalik Logo


Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) merupakan sebuah badan kebajikan yang diwujudkan khusus untuk membekalkan bantuan dan sokongan kepada warganegara Malaysia yang memerlukannya tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

PENYAYANG akan membantu golongan yang memerlukan dan golongan yang kurang bernasib baik dengan pengagihan sumber dana dan pelbagai jenis bantuan yang lain. Bantuan yang dihulurkan merangkumi pengagihan dana untuk golongan yang kurang bernasib baik, bantuan kewangan untuk pendidikan dan juga perancangan serta pelaksanaan program-program ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang lebih progresif.

Logo PENYAYANG yang dilambangkan dengan lakaran dua individu menggambarkan fungsi dan peranan PENYAYANG. Ikon yang berwarna merah melambangkan golongan yang menerima bantuan, manakala ikon yang berwarna biru melambangkan golongan yang memberi bantuan.

Warna merah, yang biasanya dikaitkan dengan bahaya, masalah atau bencana, digunakan bagi melambangkan mereka yang berada di dalam keadaan susah dan bermasalah serta memerlukan pertolongan. Ciri positif adalah senyuman lebar pada ikon merah kerana bantuan yang diperlukan dapat diterima.

Warna biru yang dikaitkan dengan ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan, melambangkan ikon yang memberi pertolongan dan sokongan. Senyuman pada ikon melambangkan keriangan dan sikap positif pihak yang menghulurkan bantuan.

Kedua-dua ikon mempunyai senyuman lebar iaitu senyuman seorang penerima bantuan dan senyuman seorang penderma yang bersifat penyayang.

Di bawah grafik ini tertera perkataan "PENYAYANG" yang membawa maksud prihatin. Secara keseluruhannya, logo ini menggambarkan objektif dan komitmen Yayasan untuk membantu individu dan masyarakat meningkatkan potensi mereka supaya menjadi warganegara yang lebih produktif melalui bantuan yang bersesuaian.

VISI DAN MISI

VISI

Berganding Bahu Mengharugi Rintangan
PENYAYANG akan bersama golongan yang kurang bernasib baik dengan penuh prihatin, belas kasihan, simpati dan terus berjuang untuk hari esok yang lebih gemilang.

MISI

Untuk melaksanakan program-program kearah mewujudkan masyarakat penyayang menjelang tahun 2020.

PEGANGAN PRINSIP

Falsafah
Falsafah PENYAYANG adalah untuk membolehkan individu atau kumpulan-kumpulan yang dikenalpasti mengembangkan potensi mereka supaya menjadi warganegara yang produktif & bertanggungjawab melalai sokongan dan bantuan yang bersesuaian.

Penghargaan
PENYAYANG menghargai setiap dermawan yang menyumbang terhadap kejayaannya. Hanya melalui sokongan dan bantuan dermawan yang budiman dan prihatin sahaja, objektif PENYAYANG dapat dijayakan.

Komitmen
PENYAYANG dengan penuh hemat akan mengagihkan dana yang disumbangkan oleh dermawan yang budiman untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia yang memerlukan, seiring dengan usaha membantu mereka meningkatkan potensi mereka sebagai rakyat yang produktif dan bertanggungjawab.

KESUKARELAWANAN

Selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk membentuk sebuah masyarakat penyayang menjelang tahun 2020, Yayasan Budi Penyayang Malaysia telah melaksanakan beberapa strategi untuk memastikan pembinaan masyarakat penyayng tersebut. Usaha untuk membolehkan warga negara menghayati semangat kesukarelawanan dilihat sebagai strategi yang efektif.

PENYAYANG percaya budaya sukarela dapat dibentuk dikalangan semua rakyat Malaysia. Seiring dengan kepercayaan ini PENYAYANG telah membentuk dua program iaitu :

a) Sahabat Penyayang

b) Kelab Penyayang

Objektif-objektif

  • Untuk membudayakan semangat kesukarelawanan dikalangan warga negara Malaysia.
  • Untuk memberi peluang kepada warga Malaysia yang ingin menghulurkan khidmat sukarela kepada individu atau organisasi yang memerlukan.
  • Untuk menggalakkan mahasiswa & mahasiswi berkhdimat sebagai sukarelawan kerja kebajikan.
Program-program

Sahabat Penyayang
Sahabat Penyayang memberi warganegara Malaysia yang berminat dan komited peluang untuk berkhidmat secara sukarela melalui aktiviti-aktivit anjuran PENYAYANG.

Kelab Penyayang
Kelab Penyayang telah ditubuhkan atas inisiatif Yayasan Budi Penyayang Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Ahli Kelab Penyayang di setiap universiti akan memilih sebuah badan kebajikan yang berdekatan dengan kampus mereka sebagai badan di bawah jagaan mereka. Mereka akan membantu badan kebajikan yang dipilh itu untuk suatu jangkamasa yang panjang. Mereka juga akan mengaplikasikan apa yang mereka belajar di dalam kursus mereka untuk menolong badan kebajikan tersebut.


WISMA PENYAYANG
No. 6, Jalan Equine, Taman Equine Bandar Putra Permai 43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 8946 0222 Fax : 03 8946 0233

Kembara Bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami, warga Majlis Tertinggi Kelab Penyayang dan juga Exco Publisiti Dan Dukumentasi ucapkan kepada semua pelawat dan juga ahli Kelab Penyayang UMP.

Pada hari yang berbahagia ini, kami dengan rendah hatinya mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat juga kami menebarluaskan lagi informasi-informasi dari Kelab Penyayang UMP melalui wadah edisi blog kami.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf dari semua pelawat dan juga ahli kami di atas kelewatan kami menerbitkan Kelab Penyayang UMP edisi blog di sebabkan oleh sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Seterusnya diharapkan wadah edisi blog kami ini dapat dijadikan sebagai tempat rujukan dan juga tempat bagi mendapatkan info-info terbaru Kelab Penyayang UMP oleh sahabat-sahabat semua.

Oleh itu dengan ini terimalah, wacana edisi blog kami...

Kelab Penyayang Universiti Malaysia Pahang
"Menyayangi Untuk Disayangi"

;;