Selamat Datang Ke Laman Kelab Penyayang Universiti Malaysia Pahang 2010, Sebuah Kelab Amal Yang Bernaung Di Bawah Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Yang Bertanggungjawab Memberi Peluang Kepada Mahasiswa Dan Mahasiswi Untuk Mengasah Bakat Mereka Dalam Berkhidmat Kepada Masyarakat Serta Memberi Tauladan Dalam Pembudayaan Semangat Kesukarelawanan Kepada Persatuan Lain Semoga Kunjungan Anda Akan Memberikan 1001 Keberkatan Kepada KPUMP Walau Tidak Kira Dimana Jua Anda Berada Ayuh Kita Sama-Sama Memperkasakan Ikatan Silaturrahim,Pengetahuan,Pendidikan Dan Ekonomi Kelab Penyayang UMP Sebarang Komentar, Cadangan, Kemusykilan Mengenai Apa Jua Berkaitan Dengan KPUMP, Sila Emailkan Kepada kelabpenyayang_ump@yahoo.com

Membina Motivasi Diri

 10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:



1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan
Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan
Luangkan sedikit masa untuk bersenam. Senaman akan menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan fikiran.

3. Senyum kerana senyum boleh mengubah segala-galanya.
Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.


5. Dapatkan tidur yang mencukupi
Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.


6. Luahkan pada seseorang
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.


7. Curahkan di atas kertas
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar atau hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.


10. Bertegaslah
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.


"Menyayangi Untuk Disayangi"

Terima Kasih Kegagalan


Gagal lagi… gagal lagi… asyik repeat je…kalau asyik gagal je, bile nak grad ni?..

Mungkin itu yang terlontar dari mulut kita ketika ditimpa kegagalan. Kadangkala, gagal itu kali ini sahaja, tapi dalam ingatan, sejak dari tadika lagi asyik gagal. Sedih dan kesal perasaan kita, macam la Allah tak pernah bagi nikmat berjaya. Yakinlah, hakikatnya Allah menciptakan kita bukan untuk menjadi makhlukNya yang terus-menerus gagal atau menderita. Allah ingin agar kita selalu belajar dari kehidupan ini.

Apa yang utama, bagaimana untuk kita melihat setiap kegagalan yang mendatangi hidup kita. Mahu lihat dan terus positifkah atau sebaliknya? Seperti kisah pakcik tua KFC tu, hakikatnya kegagalan demi kegagalan akan membuat kita semakin baik andaikata kita bangkit lagi dan terus memperbaiki diri, sehingga pada akhirnya kita akan mendapatkan hasil yang terbaik. Hakikatnya kejayaan itu tidak akan datang bergolek.

Seperti kata pepatah yang sering ditulis dalam karangan UPSR, gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Gagal hari ni? Cuba lagi esok. Gagal lagi? Cubalah lagi. Jangan pernah jemu berusaha untuk bangkit dari kegagalan. Hakikatnya, kejayaan yang diiringi oleh jerih perih mendapatkannya adalah yang terindah dalam hidup ini. Biarlah kejayaan itu kecil je pun pada pandangan orang yang melihat, cukuplah sekadar untuk membungakan hati dan membahagiakan diri sendiri. Sebab yang bersusah payah itu kita, bukan mereka yang melihat atau menilai.

Ada orang jalannya nampak mudah. Usahanya nampak sikit, tapi hasilnya berganda. Kita yang seakan usaha berganda-ganda ini, kecil la pulak hasilnya. Ketahuilah besar atau kecilnya kejayaan itu subjektif sebenarnya. Ada yang berjaya memperoleh A dalam peperiksaan namun masih kecewa kerana tidak memperoleh A+. Tapi ada pula yang sangat gembira memperoleh C, kerana sekurang-kurangnya tidak perlu mengulang subjek yang sama. Hakikatnya kejayaan dan kebahagiaan tu bergantung kepada hati kita sendiri, sejauh mana kita bersyukur dan redha dengan segala yang dianugerahkan olehNya. Bukanlah mahu menafikan usaha menjadi yang terbaik, usahalah selagi mampu, cuma jangan diperkecilkan setiap yang dianugerahkanNya kepada kita.

Pengajaran


Semua kegagalan itu akan membukakan pintu kejayaan yang lebih besar bagi kita, sesuai dengan definisi kita tentang kejayaan itu sendiri. Kegagalan atau kekalahan memang pada awalnya akan terasa menyakitkan, tetapi jika kita tangganinya dengan fikiran yang positif terbukti ia adalah jalan untuk kita menjadi lebih baik, kerana kita tidak ada pilihan lain selain untuk terus memperbaiki diri agar tidak gagal lagi.

Samalah seperti kita makan ubat, mungkin kita akan merasakan pahit, nak muntah dan sebagainya, tetapi dari semua kepahitan itu pada akhirnya badan kita menjadi sihat. Lain halnya ketika kita minum air gas bikarbonat atau jus buah yang sedap dan manisnya luar biasa, tapi ternyata akhirnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai penyakit. Kepahitan atau hal yang tidak disenangi haruslah dihadapi dengan bijak. Agar kita dikurniakan sesuatu yang lebih berharga, berharga dari sekadar merasakan kesenangan yang tidak kekal. Jadi, berhentilah dari membenci atau takut terhadap kegagalan.

Hadapi dan bersabarlah dengan fitrah dan kegagalan sendiri.

Tanpa kekalahan dan atau kegagalan sebelum ni, belum tentu kita dapat mengenali kelebihan dan kekurangan diri kita. Sudah tentu kita tidak mampu untuk sematang ini dalam menangani ujian-ujian hidup. Inilah sebenarnya asset berharga yang akan membuat kita lebih berjaya di masa akan datang.

“terima kasih pada kegagalan!”.

Semoga kegagalan yang kita alami dapat kita jadikan tangga meraih kejayaan yang lebih besar dan penuh berkat.

Bangkitlah kawan, raihlah cita-citamu yang mulia…!!~ :)

SALAM AIDILFITRI

Cuti datang lagi..
Kepada yang pulang ke kampung, selamat pulang ke kampung.
Kepada yang memandu, berhati-hatilah di jalan raya.
Walau di mana anda berada, jagalah keselamatan diri dan orang sekeliling.


***************
Bersyukur pada Yang Berkuasa
Ramadhan disambut untuk berpuasa..
Bila syawal menjelma
Sayup kedengaran takbir bergema..
Ku panjatkan doa pada Ilahi
Agar lebaran ini lebih diberkati...


Salam Aidilfitri buat semua ahli kelab penyayang
Sambutlah lebaran ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan,
bukan kesayuan dan kesedihan..
Dalam bergembira, ingatlah pada yang tiada.
Dalam riang dan bahagia, ingatlah pada yang tak berdaya.

KAMI SELURUH MT DAN EXCO MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

"Menyayangi untuk Disayangi"

We Are Special



Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia, "We are special!".

Kita punya akal. Jika tidak, mustahil kita dapat berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Akal adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Ia membezakan antara manusia dan haiwan, juga tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah di hadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat Allah. Dia tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai. "Aku bodoh, mereka pandai...aku lemah tak punya apa-apa, mereka hebat"

Orang yang tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah. Maka, menyedari bahawa we are special adalah jalan menuju syukur. Firman Allah: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tiin:4)

Keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah dan menjatuhkan martabat kita di sisi-Nya. Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah (At-Tiin:5)

Apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa, kita akan lebih bersyukur. Kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti dan taat kepada Allah. Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah. Kita tidak lagi merasa sedih dan lemah di sisi manusia. Bahkan, itulah yang dikehendaki Allah.

Firman-Nya: Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Ali Imran:139)

Kesimpulannya, ada 1001 sebab yang boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa "we are special!". Maka, hargailah diri anda!

"Menyayangi untuk Disayangi"

Sifat Pemurah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sifat pemurah merupakan salah satu daripada sifat-sifat orang beriman dan lebih-lebih lagi oleh kerana bulan Ramadan merupakan bulan kebajikan, maka sifat pemurah telah menjadi lebih terserlah. Rasulullah saw yang menjadi ikutan kita telah memberikan contoh yang terbaik dalam hal ini. Kedermawanan beliau pada bulan Ramadan berlipat ganda dibanding bulan-bulan lainnya, sebagaimana kemurahan Tuhannya berlipat ganda pada bulan ini.


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. bahawa:


“Nabi saw adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur’an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadan, lalu membacakan kepadanya Al-Qur’an. Rasulullah saw ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kedermawanan adalah sifat murah hati dan banyak memberi. Allah pun bersifat Maha Pemurah, Allah Ta’ala Maha Pemurah, kedermawanan-Nya berlipat ganda pada waktu-waktu tertentu seperti bulan Ramadan. Bulan Ramadan adalah saat Allah berderma kepada para hamba-Nya dengan rahmat, ampunan dan pembebasan daripada api Neraka, terutama pada Lailatul Qadar Allah Ta’ala melimpahkan kasih-Nya kepada para hamba-Nya yang bersifat kasih, maka barangsiapa berderma kepada para hamba Allah niscaya Allah Maha Pemurah kepadanya dengan anugerah dan kebaikan.


Membantu orang-orang yang berpuasa dan berdzikir untuk senantiasa taat, agar memperoleh pahala seperti pahala mereka; sebagaimana siapa yang membekali orang yang berperang maka ia memperoleh seperti pahala orang yang berperang, dan siapa yang menanggung dengan baik keluarga orang yang berperang maka ia memperoleh pula seperti pahala orang yang berperang. Dinyatakan dalam hadits Zaid bin Khalid dari Nabi saw beliau bersabda:


“Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala ovang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya. “(Hadis Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi).


Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama merupakan sebab masuk Syurga. Dinyatakan dalam hadis Ali radhiallahu ‘anhu, bahawa Nabi saw bersabda:


“Sungguh di Syurga terdapat ruangan-ruangan yang bagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luar. “ Maka berdirilah kepada beliau seorang Arab Badui seraya berkata: Untuk siapakah ruangan-ruangan itu wahai Rasulullah,?jawab beliau: “Untuk siapa saja yang berkata baik, member makan, selalu berpuasa dan shalat malam ketika orang-orang dalam keadaan tidur. “(Hadis Riwayat. At-Tirmidzi)


Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama lebih dapat menghapuskan dosa-dosa dan menjauhkan daripada api Neraka Jahannam, terutama jika ditambah lagi shalat malam. Dinyatakan dalam sebuah hadis bahawa Nabi saw bersabda:


“Puasa itu perisai dan benteng kukuh yang melindungi seseorang daripada api Neraka”. (Hadis Riwayat Ahmad)


Dalam hadis lain, dari Mu’adz ra. bahawa Rasulullah saw bersabda:


“Sedekah dan solat seseorang di tengah malam dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)


Kita maklum bahawa adalah sukar untuk menjaga puasa yang sempurna. Biasanya tentu terdapat kesilapan atau kekurangan. Maka sedekahlah yang bakal menampung kekurangan atau ketidaksempurnaan ini.


Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan dan keikhlasan untuk beramal.
Salam Ramadhan Kareem.

MEMORI


MALAM TAUTAN HATI 2010



pelancaran TABUNG PENYAYANG oleh penasihat KP


ahli yang hadir..


Antara objektif Malam Tautan Hati ialah:

1) Memberi pengenalan kepada ahli baru tentang Kelab Penyayang

2) Memperkenalkan barisan kepimpinan Kelab Penyayang sesi 09/10

3) Sebagai medan suai kenal antara MT dan ahli serta sesama ahli.

..HARI TERBUKA BADAN PELAJAR..




Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Setelah begitu lama blog ini tidak diupdate dan sekarang ini sudah bertukar organisasi yang baru yang lebih mantap,INSYAALLAH.

Sebelum itu, kelab penyayang ingin mengucapkan SELAMAT DATANG kepada pelajar-pelajar baru yang mendaftar bagi sesi 2010/2011.. Semoga belum terlambatbagi kami untuk mengucapkan selamat datang ke Universiti Malaysia Pahang.

Dan disini ada sedikit maklumat mengenai Hari Terbuka Badan Pelajar yang berlangsung pada 24 JULAI 2010 yang lepas di amphetheatre. Pada hari tersebut kelab penyayang telah menerima seramai 98 orang ahli baru yang mendaftar dengan pelajar lelaki seramai 30 orang dan pelajar perempuan seramai 68 orang. Alhamdulillah, kami dari kelab penyayang amat berbesar hati menyambut kedatangan pelajar baru yang mendaftar kelab penyayang. InsyaALLAH harapan anda semua takkan kami hampakan, semoga anda semua seronok berada didalam kelab penyayang.

Seperti yang kita semua tahu, kelab penyayang bukanlah dikhaskan untuk individu-individu penyayang sahaja, bahkan ianya terbuka untuk semua orang, sebabnya setiap orang mempunyai sifat penyayang itu sendiri. Kelab penyayang juga mengutamakan sikap bantu-membantu dan kesukarelawan dalam diri seseorang ahli seperti yang tertera pada moto kelab penyayang " MENYAYANGI UNTUK DISAYANGI ".

Akhir sekali, semoga seronok berada dalam kelab penyayang dan sertailah program-program yang akan kelab penyayang jalankan. Aktifkan diri anda..=)

"MENYAYANGI UNTUK DISAYANGI "



;;