Selamat Datang Ke Laman Kelab Penyayang Universiti Malaysia Pahang 2010, Sebuah Kelab Amal Yang Bernaung Di Bawah Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Yang Bertanggungjawab Memberi Peluang Kepada Mahasiswa Dan Mahasiswi Untuk Mengasah Bakat Mereka Dalam Berkhidmat Kepada Masyarakat Serta Memberi Tauladan Dalam Pembudayaan Semangat Kesukarelawanan Kepada Persatuan Lain Semoga Kunjungan Anda Akan Memberikan 1001 Keberkatan Kepada KPUMP Walau Tidak Kira Dimana Jua Anda Berada Ayuh Kita Sama-Sama Memperkasakan Ikatan Silaturrahim,Pengetahuan,Pendidikan Dan Ekonomi Kelab Penyayang UMP Sebarang Komentar, Cadangan, Kemusykilan Mengenai Apa Jua Berkaitan Dengan KPUMP, Sila Emailkan Kepada kelabpenyayang_ump@yahoo.com

Rasional Di Sebalik Logo


Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) merupakan sebuah badan kebajikan yang diwujudkan khusus untuk membekalkan bantuan dan sokongan kepada warganegara Malaysia yang memerlukannya tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

PENYAYANG akan membantu golongan yang memerlukan dan golongan yang kurang bernasib baik dengan pengagihan sumber dana dan pelbagai jenis bantuan yang lain. Bantuan yang dihulurkan merangkumi pengagihan dana untuk golongan yang kurang bernasib baik, bantuan kewangan untuk pendidikan dan juga perancangan serta pelaksanaan program-program ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang lebih progresif.

Logo PENYAYANG yang dilambangkan dengan lakaran dua individu menggambarkan fungsi dan peranan PENYAYANG. Ikon yang berwarna merah melambangkan golongan yang menerima bantuan, manakala ikon yang berwarna biru melambangkan golongan yang memberi bantuan.

Warna merah, yang biasanya dikaitkan dengan bahaya, masalah atau bencana, digunakan bagi melambangkan mereka yang berada di dalam keadaan susah dan bermasalah serta memerlukan pertolongan. Ciri positif adalah senyuman lebar pada ikon merah kerana bantuan yang diperlukan dapat diterima.

Warna biru yang dikaitkan dengan ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan, melambangkan ikon yang memberi pertolongan dan sokongan. Senyuman pada ikon melambangkan keriangan dan sikap positif pihak yang menghulurkan bantuan.

Kedua-dua ikon mempunyai senyuman lebar iaitu senyuman seorang penerima bantuan dan senyuman seorang penderma yang bersifat penyayang.

Di bawah grafik ini tertera perkataan "PENYAYANG" yang membawa maksud prihatin. Secara keseluruhannya, logo ini menggambarkan objektif dan komitmen Yayasan untuk membantu individu dan masyarakat meningkatkan potensi mereka supaya menjadi warganegara yang lebih produktif melalui bantuan yang bersesuaian.

0 Comments:

Post a Comment