Selamat Datang Ke Laman Kelab Penyayang Universiti Malaysia Pahang 2010, Sebuah Kelab Amal Yang Bernaung Di Bawah Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Yang Bertanggungjawab Memberi Peluang Kepada Mahasiswa Dan Mahasiswi Untuk Mengasah Bakat Mereka Dalam Berkhidmat Kepada Masyarakat Serta Memberi Tauladan Dalam Pembudayaan Semangat Kesukarelawanan Kepada Persatuan Lain Semoga Kunjungan Anda Akan Memberikan 1001 Keberkatan Kepada KPUMP Walau Tidak Kira Dimana Jua Anda Berada Ayuh Kita Sama-Sama Memperkasakan Ikatan Silaturrahim,Pengetahuan,Pendidikan Dan Ekonomi Kelab Penyayang UMP Sebarang Komentar, Cadangan, Kemusykilan Mengenai Apa Jua Berkaitan Dengan KPUMP, Sila Emailkan Kepada kelabpenyayang_ump@yahoo.com

Terima Kasih Kegagalan


Gagal lagi… gagal lagi… asyik repeat je…kalau asyik gagal je, bile nak grad ni?..

Mungkin itu yang terlontar dari mulut kita ketika ditimpa kegagalan. Kadangkala, gagal itu kali ini sahaja, tapi dalam ingatan, sejak dari tadika lagi asyik gagal. Sedih dan kesal perasaan kita, macam la Allah tak pernah bagi nikmat berjaya. Yakinlah, hakikatnya Allah menciptakan kita bukan untuk menjadi makhlukNya yang terus-menerus gagal atau menderita. Allah ingin agar kita selalu belajar dari kehidupan ini.

Apa yang utama, bagaimana untuk kita melihat setiap kegagalan yang mendatangi hidup kita. Mahu lihat dan terus positifkah atau sebaliknya? Seperti kisah pakcik tua KFC tu, hakikatnya kegagalan demi kegagalan akan membuat kita semakin baik andaikata kita bangkit lagi dan terus memperbaiki diri, sehingga pada akhirnya kita akan mendapatkan hasil yang terbaik. Hakikatnya kejayaan itu tidak akan datang bergolek.

Seperti kata pepatah yang sering ditulis dalam karangan UPSR, gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Gagal hari ni? Cuba lagi esok. Gagal lagi? Cubalah lagi. Jangan pernah jemu berusaha untuk bangkit dari kegagalan. Hakikatnya, kejayaan yang diiringi oleh jerih perih mendapatkannya adalah yang terindah dalam hidup ini. Biarlah kejayaan itu kecil je pun pada pandangan orang yang melihat, cukuplah sekadar untuk membungakan hati dan membahagiakan diri sendiri. Sebab yang bersusah payah itu kita, bukan mereka yang melihat atau menilai.

Ada orang jalannya nampak mudah. Usahanya nampak sikit, tapi hasilnya berganda. Kita yang seakan usaha berganda-ganda ini, kecil la pulak hasilnya. Ketahuilah besar atau kecilnya kejayaan itu subjektif sebenarnya. Ada yang berjaya memperoleh A dalam peperiksaan namun masih kecewa kerana tidak memperoleh A+. Tapi ada pula yang sangat gembira memperoleh C, kerana sekurang-kurangnya tidak perlu mengulang subjek yang sama. Hakikatnya kejayaan dan kebahagiaan tu bergantung kepada hati kita sendiri, sejauh mana kita bersyukur dan redha dengan segala yang dianugerahkan olehNya. Bukanlah mahu menafikan usaha menjadi yang terbaik, usahalah selagi mampu, cuma jangan diperkecilkan setiap yang dianugerahkanNya kepada kita.

Pengajaran


Semua kegagalan itu akan membukakan pintu kejayaan yang lebih besar bagi kita, sesuai dengan definisi kita tentang kejayaan itu sendiri. Kegagalan atau kekalahan memang pada awalnya akan terasa menyakitkan, tetapi jika kita tangganinya dengan fikiran yang positif terbukti ia adalah jalan untuk kita menjadi lebih baik, kerana kita tidak ada pilihan lain selain untuk terus memperbaiki diri agar tidak gagal lagi.

Samalah seperti kita makan ubat, mungkin kita akan merasakan pahit, nak muntah dan sebagainya, tetapi dari semua kepahitan itu pada akhirnya badan kita menjadi sihat. Lain halnya ketika kita minum air gas bikarbonat atau jus buah yang sedap dan manisnya luar biasa, tapi ternyata akhirnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai penyakit. Kepahitan atau hal yang tidak disenangi haruslah dihadapi dengan bijak. Agar kita dikurniakan sesuatu yang lebih berharga, berharga dari sekadar merasakan kesenangan yang tidak kekal. Jadi, berhentilah dari membenci atau takut terhadap kegagalan.

Hadapi dan bersabarlah dengan fitrah dan kegagalan sendiri.

Tanpa kekalahan dan atau kegagalan sebelum ni, belum tentu kita dapat mengenali kelebihan dan kekurangan diri kita. Sudah tentu kita tidak mampu untuk sematang ini dalam menangani ujian-ujian hidup. Inilah sebenarnya asset berharga yang akan membuat kita lebih berjaya di masa akan datang.

“terima kasih pada kegagalan!”.

Semoga kegagalan yang kita alami dapat kita jadikan tangga meraih kejayaan yang lebih besar dan penuh berkat.

Bangkitlah kawan, raihlah cita-citamu yang mulia…!!~ :)

0 Comments:

Post a Comment