VISI DAN MISI
VISI
Berganding Bahu Mengharugi Rintangan
PENYAYANG akan bersama golongan yang kurang bernasib baik dengan penuh prihatin, belas kasihan, simpati dan terus berjuang untuk hari esok yang lebih gemilang.
MISI
Untuk melaksanakan program-program kearah mewujudkan masyarakat penyayang menjelang tahun 2020.
PEGANGAN PRINSIP
Falsafah
Falsafah PENYAYANG adalah untuk membolehkan individu atau kumpulan-kumpulan yang dikenalpasti mengembangkan potensi mereka supaya menjadi warganegara yang produktif & bertanggungjawab melalai sokongan dan bantuan yang bersesuaian.
Penghargaan
PENYAYANG menghargai setiap dermawan yang menyumbang terhadap kejayaannya. Hanya melalui sokongan dan bantuan dermawan yang budiman dan prihatin sahaja, objektif PENYAYANG dapat dijayakan.
Komitmen
PENYAYANG dengan penuh hemat akan mengagihkan dana yang disumbangkan oleh dermawan yang budiman untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia yang memerlukan, seiring dengan usaha membantu mereka meningkatkan potensi mereka sebagai rakyat yang produktif dan bertanggungjawab.
KESUKARELAWANAN
Selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk membentuk sebuah masyarakat penyayang menjelang tahun 2020, Yayasan Budi Penyayang Malaysia telah melaksanakan beberapa strategi untuk memastikan pembinaan masyarakat penyayng tersebut. Usaha untuk membolehkan warga negara menghayati semangat kesukarelawanan dilihat sebagai strategi yang efektif.
PENYAYANG percaya budaya sukarela dapat dibentuk dikalangan semua rakyat Malaysia. Seiring dengan kepercayaan ini PENYAYANG telah membentuk dua program iaitu :
a) Sahabat Penyayang
b) Kelab Penyayang
Objektif-objektif
- Untuk membudayakan semangat kesukarelawanan dikalangan warga negara Malaysia.
- Untuk memberi peluang kepada warga Malaysia yang ingin menghulurkan khidmat sukarela kepada individu atau organisasi yang memerlukan.
- Untuk menggalakkan mahasiswa & mahasiswi berkhdimat sebagai sukarelawan kerja kebajikan.
Sahabat Penyayang
Sahabat Penyayang memberi warganegara Malaysia yang berminat dan komited peluang untuk berkhidmat secara sukarela melalui aktiviti-aktivit anjuran PENYAYANG.
Kelab Penyayang
Kelab Penyayang telah ditubuhkan atas inisiatif Yayasan Budi Penyayang Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Ahli Kelab Penyayang di setiap universiti akan memilih sebuah badan kebajikan yang berdekatan dengan kampus mereka sebagai badan di bawah jagaan mereka. Mereka akan membantu badan kebajikan yang dipilh itu untuk suatu jangkamasa yang panjang. Mereka juga akan mengaplikasikan apa yang mereka belajar di dalam kursus mereka untuk menolong badan kebajikan tersebut.
No. 6, Jalan Equine, Taman Equine Bandar Putra Permai 43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 8946 0222 Fax : 03 8946 0233