Kelab Penyayang Universiti Malaysia Pahang Merupakan sebuah kelab yang berasakan konsep yang baru dimana kelab ini dilihat sebagai sebuah kelab amal yang menjalankan aktiviti-aktivitinya dengan konsisten dan berdisiplin. Kelab Penyayang merupakan sebuah inisiatif Yayasab Budi Penyayang Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi awam untuk memberi siswa-siswi kita peluang untuk mengasah bakat mereka dalam berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Kelab Penyayang dibentuk supaya dapat menjadi teladan kepada persatuan lain di peringkat kampus yang ingin membudayakan semangat kesukarelawanan.
Objektif Kelab Penyayang UMP.
- Untuk mengenalpasti dan mengambil sebuah organisasi kebajikan seperti rumah anak angkat, rumah warga emas atau rumah kanak-kanak istimewa sebagai organisasi angkat, tujuan tersebut adalah untuk memberi bantuan berterusan secara sukarela kepada rumah tersebut.
- Untuk menolong mahasiswa memahami cara pengurusan organisasi kebajikan yang memerlukan kepakaran kesukarelawanan selepas mereka menamatkan pengajian.
- Untuk menggalakkan pembentukan sahsiah mahasiswa yang mempunyai sikap penyayang dan saling menghormati antara satu sama lain.
- Untuk membudayakan kerja sukarela.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)